Tuesday, December 28, 2010

26hb Disember 2010, AFE kali ke-2 di UNITEN

Alhamdulillah, segala kesyukuran kepada Allah atas nikmat kesihatan untuk kami berusaha mengamalkan Islam yang sahih. Ini adalah perkhidmatan kali kedua AFE di Masjid Uniten, Bangi

AFE telah diberi kesempatan untuk menghiburkan pengunjung Majlis Walimatul Urus pasangan pengantin baru Izzudin bersama dengan isterinya yang tercinta.

Semoga pasangan ini senantiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah dan akan melebarkan sayap syariat Islam dimana sahaja mereka berada. ameen.

Barakallah Hu Lakuma, Wajamaa Alaikuma, Fill Khair

AFE sekali lagi dibantu oleh pembantu teknikal yang mantop iaitu Muadz!





1 Majlis Walimah, AFE bersama dua pasangan

Alhamdulillah,

Tarikh : 25hb Disember 2010
Tempat : Dewan GMI, Bangi
Pasangan : 1. Mohd Akmal & Siti Mastura
                 2. Ahmad Hazim & Siti Nuur Basmin

ia dibuat serentak kerana Siti Nuur Basmin dan Mohd Akmal merupakan adik-beradik. 
Mubarak! untuk kedua pasangan ini. 

Semoga berkekalan hingga ke syurga Allah!

Barakallah Hu Lakuma, Wajamaa Alaikuma, Fill Khair!! 

Pasangan Akmal dan Siti Mastura

 Pasangan Siti Nuur Basmin bersama Ahmad Hazim

AFE di Walimatul Urus Salwa dan Taqiuddin 18 Disember 2010

Alhamdulillah,
Buat pertama kalinya team AFE telah berjaya untuk membuat event di 2 tempat secara serentak!
Kali ini telah dijalankan di

tempat: Taman Warisan Pertanian, putrajaya
pasangan : Salwa dan Taqiuddin
Tarikh : 18 Disember 2010

Tahniah juga AFE ucapkan pada the newest member of our technical team Muadz!

ucapan kami kepada pasangan baru ini, Semoga keluarga duat ini menyinari cahayanya walau kemana sahaja yang mereka pergi... ameen.

Barakallah Hu Lamkuma Wajamaa Alaikuma, Fill Khair



AFE di majlis kesyukuran Siti Hajar binti Razak

Alhamdulillah, AFE telah dapat menghiburkan majlis kesyukuran pasangan pengantin baru ini pada 18hb Disember 2010. Bertempat di kediaman beliau di Taman Jelok Ria, Kajang.

Buat julung-julung kalinya, kami mengalu-alukan kehadiran the newest member of our team. DJ IDRIS
 yang telah bergandingan dengan team teknikal yang mantop di antara Aduka dan Atiff.

Diharap semoga pasangan pengantin baru ini mendapat rahmat dari Allah, mendapat zuriat yang soleh dan solehah dan mendapat syurga ALLAH akhirnya, ameen.

Barakallah Hu Lakuma, Wajamaa Alaikuma, Fil Khair

Thursday, December 9, 2010

AFE di Walimatul Urus Norhayati dan Mohd Safwan di AL-Amin Gombak

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pasangan baru ini....

Pakej : Majlis Akad Nikah dan Majlis Kesyukuran(walimatul urus)
Pasangan :  Norhayati bt Osman dan Mohd Safwan bin Saifuddin Yong
Lokasi : Sekolah Al-Amin, Gombak
Tarikh : 5hb Disember 2010

Barakallah hu lakuma, wajamaa bainakuma, fill khair.

Semoga pasangan baru ini mendapat penghargaan Jannah dan dijadikan kejayaan di dunia oleh Allah. ameen.

Kenang-kenangan pasangan bersama bunting AFE.... :)

 AFE di majlis Akad nikah pada 4hb Disember 2010 jam 9.30 malam

gambar sewaktu majlis akad nikah

Monday, December 6, 2010

:: Maal Hijrah 1432 ::


Maal Hijrah 1432

Assalamulaikum wrt......

Alhamdulillahirrabbil ‘alamin, bersyukur kehadrat ilahi di atas segala rahmat dan hidayahnya, selawat dan salam buat Rasulullah saw, serta para sahabat, sanak saudara, tabi’ tabien. Bersyukur sekali lagi kepada rabbi jalil di atas segala kurniaan nikmat yang dipinjamkan kepada kita, Firman Allah swt di dalam surah as-sajdah ayat 9, “kemudian menyempurnakan dan meniup roh ( ciptaannya ke dalam tubuh ) dan dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur”. Semoga kita tidak tergolong di dalam orang yang tidak bersyukur dengan segala nikmat Allah swt.

Teman-teman sekalian,

Alhamdulillah, dalam beberapa hari lagi, kita bakal menyambut sambutan maal hijrah, yakni tahun baru mengikut kalendar islam, yakni kalendar yang seharusnya menjadi rujukan umat islam sekelian alam. Setelah hampir 1431 tahun rasulullah saw berhijrah dari mekah ke madinah, yang mana kesannya pernah meletakkan islam sebagai satu empayar dunia, meletakkan islam sebagai peneraju tamadun dunia, meletakkan islam sebagai ancaman bagi musuh-musuh islam. Namun begitu, selepas 1431 tahun berlalu, dewasa ini, kisah penghijrahan ini kian dilupakan, kejayaan demi kejayaan dalam episode penghijrahan ini kian dilupakan. Hingga akhirnya tahun demi tahun berlalu, sejarah ulung ini kian dilupakan.

Teman-teman sekalian,

Suka untuk saya mengingatkan kembali kepada teman-teman sekalian, agar terus menerus berazam dan berazam dan berazam untuk terus berhijrah, memperbaiki diri, berhijrah meningkatkan kualiti iamn kita, berhijrah memantapkan amal fardhu kita, berhijrah menaikkan nama islam, berhijrah meningkatkan kehidupan kita di dunia agar cemerlang di akhirat.

Teman-teman sekalian,

Ayuh kita renung kembali, bagaimana setahun yang berlalu, bagaimana sepaanjang siang, sepanjang malam di dalam tahun 1431 yang lalu, apa yang telah kita lakukan, apakah perubahan yang telah kita hijrahkan, apakah kita telah Berjaya mencapai KPI-KPI kita, atau tahun-tahun berlalu tanpa sebarang kejayaan dan peningkatan, jika begitulah keadaanya, maka kita bersama tergolong dalam orang yang celaka....

“ jika hari ini lebih teruk dari hari esok, maka celakalah kita”.....

Teman-teman sekalian,

Ayuh, kita renangi tahun baru 1432 ini telah perubahan yang lebih baik, kita renangi dengan azam yang lebih iltizam, kita renangi dengan usaha yang lebih berkuasa, kita renangi dengan kekuatan yang tidak berbelah bagi,

Agar tahun baru ini....kita tidak rugi lagi.......

Besok 1 Muharram.Sabda Nabi SAW yg brmaksud : “Puasa yg paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram” (Riwayat Imam Muslim dr Abu Hurairah r.a.). Justeru, saya brharap agr dpatlh kita smua mengerjakan puasa sunat pada besok sebagai menyahut sruan Rasulullah SAW.Berdoalah untuk ksejahteraan diri sendiri, keluarga dan untuk rakyat Kelantan serta seluruh umat Islam agar sentiasa di bwh naungan Allah SWT.

Salam maal Hijrah buat semua.........


Alunan Firdausi Entertainment ( AFE )


Friday, December 3, 2010

AFE di Walimah Muhd Tawfiq bin Kamal Nasharuddin di Dewan Putra, Masjid Putra, Putrajaya

alhamdulillah, sekali lagi AFE melebarkan sayap sayap alunannya ke Putrajaya. Kali ini ialah di Masjid Putra, Putrajaya. Dan buat pertama kalinya, perkhidmatan AFE telah sampai bukan sahaja berkumandang pada satu dewan, tetapi dua dewan! pengalaman pertama kami yang cukup manis.

Barakallah hu lakuma, wajama'a bainakuma, fil khair kepada pasangan baru kita.

Tarikh : 21 November 2010
Tempat : Masjid Putra, Putrajaya
Nama Pasangan : Muhd Tawfiq bin Kamal Nasharuddin dan Wan Hilyatu Fatimah bin Wan Makhtar

Disekitar Majlis Walimatul Urus Siddiq Hafiz bin Hassan 20 November 2010


Lokasi : Banquet Hall, Cultural Art Centre (CAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Tarikh : 20 November 2010





Monday, November 22, 2010

:: Perkongsian Event AFE :: (14 Nov 2010)

Bro hafiz bai mengendalikan Siar Raya di majlis Konvokesyen tadika Nur ad-din, kajang.



assalamulaikum wrt

alhamdulillah, pada 14 november yang lalu, AFE telah memberi perkhidmatan kepada 2 majlis iaitu di Tadika Nur Ad-Din yang diadakan di Kolej dar-Al Hikmah dan satu lagi iailah walimah Bro zulhilmi & pasangannya sist. Farrah yang diadakan di Dewan Jenjarom, Shah Alam.

kami kongsikan sedikit gambar

sekitar majlis Konvokesyen tadika Nur ad-Din...


DJ farid sedang beraksi di Walimah Bro Zulhilmi & Farrah


Bro hafiz bai sempat datang ke Shah Alam, datang membantu majlis walimah ini...

alhamdulillah, bersyukur kepada Mu ya Allah diatas peluang dakwah yang kau berikan kepada kami.





Wednesday, October 20, 2010

BOOKING AWAL



Assalamualaikum Warah Matullah

 Oleh kerana ramai yang telah mula menghubungi kami untuk majlis-majlis di hujung tahun ini. Dan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan perselisihan faham antara kami dan pengelola majlis.

AFE akan mula menjalankan konsep First Come, First Serve basis. Bermaksud sesiapa yang menginginkan AFE utk menceriakan majlis anda. harus membuat booking tarikh dan pembayaran pendahuluan secepat mungkin.

Booking tarikh tanpa pembayaran pendahuluan tidak akan dikira sebagai CONFIRM BOOKING.

Harap ini akan dapat melicinkan dan memudahkan anda berurusan dengan kami dalam keceriaan. Insya-Allah.




Pengurusan A.F.E

Thursday, October 14, 2010

MENCARI TENAGA PENGGERAK FARDHU KIFAYAH


Pihak pengurusan AFE ingin menjemput seramai mungkin kepada sesiapa yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur sahaja yang berminat untuk bersama kami sebagai :-


1) DJ/MC
2) Marketing 
2) Pembantu Majlis



Kelayakan dan kriteria untuk mendapatkan jawatan-jawatan diatas adalah seperti berikut:- 
1) sembahyang cukup 5 waktu
2) boleh membaca al-quran
3) minat
4) bersuara yang sedap di dengar (subjektif)
5) boleh bekerja hujung minggu (sabtu / ahad/cuti umum)
6) berdikari
7) mempunyai kenderaan sendiri
 

Kelebihan jika anda :-
1)  sedang berusrah dengan  IKRAM @ JIM @ ABIM @ ISMA @ PAS
2) Boleh berbahasa inggeris @ arab @ yang lain-lain


Sila hantarkan resume anda di  

dan letakkan tajuk: KERJA FARDHU KIFAYAH dan sila attachkan gambar anda


Anda akan dipanggil untuk ditemuduga oleh pihak pengurusan AFE.

Jazakumullah hu khoiron kathiron


Tuesday, October 12, 2010

Lambaian KAABAH


Pihak A.F.E ingin mengucapkan selamat menunaikan fardhu haji kepada semua jemaah haji pada tahun ini. Semoga mendapat haji yang mabrur. Mencapai impian untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa dengan memperolehi kefahaman Islam yang sahih. Insya-Allah

LABBAIKALLAH HUMMA LABBAIK, LABBAIKALA SYARIKALA KALABBAIK, INALHAMDA, LAKAWAL MULK, LA SYARIKALAH

Monday, October 11, 2010

AFE di Majlis Walimah Qayyim & Asma' di Masjid Uniten, Bangi pada 10/10/2010

Lokasi : Masjid Uniten, Bangi
Masa : 10 pagi - 5 petang

 set mic untuk penasyid



 LCD display untuk pengantin

2 LCD display



Untuk mengetahui bagaimana kami dapat menceriakan majlis-majlis anda dalam keberkatan, Sila hubungi Hafiz Bai di talian 019-751-7051

Friday, October 8, 2010

AFE di Majlis Aidilfitri IKRAM GOMBAK 3 Oktober 2010

Tarikh : 3 Oktober 2010

Masa : 8 malam hingga 11 malam
Lokasi : Dewan Serbaguna Sg Tua, Selayang

Untuk mengetahui bagaimana kami boleh membantu anda untuk menceriakan majlis anda dalam keberkatan, sila hubungi Hafiz (bai) di talian 019 - 751 7051

(maaf tiada gambar-  Hafiz Bai menjadi DJ pada function ini. :)

AFE di Majlis Aidilfitri MKPMKL 3 Oktober 2010

Tarikh : 3 Oktober 2010

Masa : 3 petang hingga 5.30 malam
Lokasi : Dewan MKPMKL, Sentul

Untuk mengetahui bagaimana kami boleh membantu anda untuk menceriakan majlis anda dalam keberkatan, sila hubungi Hafiz (bai) di talian 019 - 751 7051

(maaf tiada gambar- DJ kena diarrhea hari tersebut. Moga setiap sakit menjadi sebab dosa dihapuskan)

AFE di Majlis Aidilfitri IKRAM KAJANG dan HULU LANGAT 3 Oktober 2010

Tarikh : 3 Oktober 2010

Masa : 9 pagi hingga 12 tengah hari
Lokasi : Dewan Masjid UNITEN, BANGI

Untuk mengetahui bagaimana kami boleh membantu anda untuk menceriakan majlis anda dalam keberkatan, sila hubungi Hafiz (bai) di talian 019 - 751 7051

(maaf tiada gambar- DJ kena diarrhea hari tersebut. Moga setiap sakit menjadi sebab dosa dihapuskan)

AFE di Majlis Aidilfitri Al-Ameen Eduniaga Sdn Bhd 1 Oktober 2010

Tarikh : 1 Oktober 2010
Masa : 5 petang hingga 9.30 malam
Lokasi : Medan Letak Kereta, Taman Melawati


Untuk mengetahui bagaimana kami boleh membantu anda untuk menceriakan majlis anda dalam keberkatan, sila hubungi Hafiz (bai) di talian 019 - 751 7051

Monday, September 27, 2010

AFE di Majlis Aidilfitri JIMKL 2010 - 26 September 2010

Tarikh : 26hb September 2010
Hari : Ahad
Masa : 8 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Komuniti Rakyat Parlimen Gombak, Taman Melawati

Untuk mengetahui bagaimana kami boleh membantu anda untuk menceriakan majlis anda dalam keberkatan, sila hubungi Hafiz (bai) di talian 019 - 751 7051


Brother Farid bersama seorang adik dan juga sahabat Zairul Aduka



AFE di Majlis Aidilfitri MCMC Consulting Group 2010 - 23 September 2010

Tarikh : 23 September 2010
Hari : Rabu
Masa : 5 petang - 10 malam
Lokasi : Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Untuk mengetahui bagaimana kami boleh membantu anda untuk menceriakan majlis anda dalam keberkatan, sila hubungi Hafiz (bai) di talian 019 - 751 7051



Isteri Brother Farid yang senantiasa disisi untuk memberikan semangat walaupun sudah mengandung 8 bulan

 Brother Farid beraksi selepas Isya'

 tetamu yang semakin meriah bila malam menjelma (mungkin sebahagian besar datang selepas kerja)

Antara ajk pendaftaran yang setia menunggu para tetamu

Tuesday, September 21, 2010

Salam Eidulfitri 2010

Kami bagi pihak pengurusan Alunan Firdausi Intertainment ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitrah. Maaf zahir dan batin.

Taqabalallah minna wa minkum 

Semoga kita semua akan mendapat kefahaman islam yang sahih, supaya kita berusaha menjadi hamba Allah yang soleh lagi musleh. 


Thursday, August 5, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!!!!

Assalamualaikum buat semua.

Di kesempatan ini kami, pihak pengurusan Alunan Firdausi Entertainment mengucapkan selamat kepada semua yang akan menempuh bulan ramadhan, bulan kegembiraan semua ummat manusia. Bulan keampunan, bulan kerahmatan, bulan berita gembira..

The Month to show that Islam is to bring happiness and to prevent harm.

masya-allah. Semoga segala perbuatan kita dari bangkit tidur sehingga kita tidur kembali akan mendapat pahala berganda-ganda dari ALLAH. dan semoga kita akan diganjarkan ALLAH dengan SYurga ALLAH yang hebat itu!!! amin.

May our Adab of being a servant of ALLAH is to be polish to shine through out the year.

Subhanallah. Ramadhan, we welcome you ramadhan!!! we welcome u ramadhan!!!

As a token of our gratitute pls see this movie:-

http://www.youtube.com/watch?v=jTihR5kh_yc

(this is not made by us!!! one of our friend's in Johor made it, very beautiful!!! enjoy-dun forget to click like! :)

p/s:- for any reservation of services in this month of ramadhan pls contact Hafiz Bai 019-7517051