Namun apakan daya, masyarakat tiada pilihan & alternatif lain, mereka terpaksa menerima hiburan & ungkapan-ungkapan dari hiburan yang agak keterlaluan, hal ini kerana mereka sukar untuk mendapatkan pilihan yang lebih Islami & menjaga kelalaian hati.
Justeru itu, timbul satu idea dikalangan kami yang ingin memberi satu alternatif kepada masyarakat, agar masyarakat ada pilihan hiburan yang lebih Islami. Hasilnya wujudlah sebuah konsep hiburan yang lebih islami yang bakal mengharmonikan majlis-majlis keraian.
Akhirnya " Alunan Firdausi Entertainment ( AFE ) " telah tercipta di atas beberapa objektif:
1) Sebagai salah satu Alternatif atau pilihan hiburan yang lebih Islami kepada masyarakat.
2) Peluang untuk menyampaikan seruan dakwah yang ringan & santai.
bertemakan " Hati Ceria Islam Terpelihara ", kami mengharapkan agar AFE sentiasa mendapat keberkatan dari Allah swt.
maka kami wujud sebagai "Islamic Entertainment Services" atau bahasa mudahnya
"Perkhidmatan Hiburan Islami "
Doakan agar niat kami ini terus dipelihara oleh Allah swt, antara peneraju utama AFE ialah.
Saudara Mohd Farid
Saudara Hafiz Bai
Semoga Allah mengikhlaskan hati-hati kita.