Saturday, December 24, 2011

:: Walimah Saiful & Farhana ::

Salam

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat rasul junjungan.

Alhamdulillah, hari ini 24 Dis 2011, AFE diberi amanah utk mengendalikan majlis walimah akh Saiful Adli dan Ukht Nur Farhana di Bandar Bukit Mahkota,

Event ini dikendalikan oleh Bro Hafiz Bai dan Bro Syed Ahmad Safwan....

Jazakumullahu khairan katsira atas kepercayaan yg diberikan...


Semoga hati terus ceria, islam terus terpelihara....

.

Tuesday, November 29, 2011

:: Walimah Amin & Masdiana ::

Salam

Alhamdulillah, pada ahad yg lalu , bersamaan 27 Nov 2011, AFE diberi kepercayaan utk menghiburkn walimah amin dan masdiana.

Kedua-dua mereka merupakan penggerak kelab Rakan siswa islah Malaysia ( Karisma ) iaitu sebuah badan mahasiswa. Kebetulan Bro Hafiz Bai juga pernah bersama Karisma suatu ketika dahulu.

Mabruk alaykum.....

Syakallah buat Bro Atiq yang tak sihat sejak event hari tu, xpe ... Kafarah dosa-dosa yg lalu :-)


Bai
Gambar 1 - amin dan mas
Gambar 2 - reunion Ikhwah Karisma Bujang


.

Thursday, October 13, 2011

:: Bengkel DJ/Pengacara Muslim :: (cabang dakwah dan Islah Melalui Hiburan)







Assalamualaikum wrt....

Kami dari syarikat ALUNAN FIRDAUSI ENTERTAINMENT ( AFE ) akan mengadakan bengkel DJ Muslim. Bengkel ini merupakan inisiatif untuk melahirkan ramai lagi DJ Muslim yang boleh beraksi sebagai alternatif kepada masyarakat di luar sana. Bengkel ini juga diadakan , rentetan dari permintaan masyarakat yang kelihatan semakin cenderung untuk memilih " Muslim DJ " untuk mengendali majlis-majlis mereka, agar terpelihara dari unsur-unsur yang tidak berlandaskan syariat. Maka, kami merasa terpanggil untuk berkongsi & melatih ( secara asas ) , bagaimana mahu menjadi MUSLIM DJ.

selain itu, kami juga akan berkongsi, tentang konsep perniagaan " Hiburan Islami " dan " latihan teknikal mengendalikan PA System ( asas ) "
.... jadi, sesiapa yang berminat, boleh mendaftar segera, butiran bengkel adalah seperti berikut.

Tarikh           : 26 Oktober 2011 ( rabu - Cuti Deepavali )
Masa            : 8.15pg - 5.30ptg
lokasi           : Lokasi: No 34-1G, Jalan Keramat Permai 1A, Taman Keramat Permai, 
                            Setiawangsa, KL (Pejabat IKRAM WP)
                    
Yuran           : RM 50 sahaja

bagi yang berminat, sila hubungi :

Hafiz Bai    : 019 751 7051
Farid          : 018 371 0007

Saturday, October 1, 2011

:: Walimah Hamadah & Muliadi ::

Salam

Hari ini , 1 Okt 2011, kami berpecah kpd 2 event, Farid berada di Sri Damansara, manakal Bai & Atiq berada di Bangsar, walimah Hamadah & Muliadi.

Alhadmulillah, segelanhay berjalan lancar....

Semoga Allah terus kekal kan kami dalam tujuan asal perniagaan ini...

Mabruk buat psangan pengantin Hamadah & Muliadi.....

Bai - dapat makan kuin Putu Piring special :-)

.
alunan-firdausi.blogspot.com ( Hafiz Bai : 0197517051 / Farid : 0183710007 )

Tuesday, September 20, 2011

:: Walimah Aiman & Kausar ::

Salam...

Alhamdulillah, pada 17 September yang lalu, AFE diberi peluang untuk meraikan walimah Aiman & Kausar di Country Height Kajang, lokasi di rumah banglo dan kawasan yang lapang.

Pihak AFE telah menggunakan 8 Speaker Dan 2 LCD + SKRIN utk walimah ini. Apa yang bestnya, semasa set-up PA System, hujan turun dengan lebat, nasib baik sempat pasang sarung speaker ( konon-konon nya speaker tak basah...hehe )






Bro Atiq & Bro Bai bertugas sepanjang Majlis.

selesai mengemas, Van AFE telah tersekat di dalam lumpur, hingga kami terpaksa menolak van tersebut, selain Van AFE, terdapat beberapa kenderaan lain yang tersekat. Maka malam itu, tteam AFE telah berjaya mnyelamatkan bbrapa buah kenderaan yang tersekat di lumpur.


:: Majlis Aidilfitri MAKPEM KL 2011 ::

Salam

alhamdulillah, pada 16 Sept 2011 yang lalu, AFE sekali lagi telah diberi peluang utk menghiburkan para tetamu majlis aidilfitri MAKPEM KL. Kali ini diadakan di An-Najah Boys.

kali ini, Bro Atiq & Bro Bai telah berjuang bersama....hehe....


turut meraikan hari jadi Dato' Othman yang pada tarikh majlis tersebut.


Hati Ceria Islam Terpelihara


Bro Atiq bersama An-Najah Boys, kira macam Big Brother a.k.a  " Abang Long "....hehe






:: Walimah Dr Sakinah & Hiryanizam ::

Salam,

alhamdulillah, buat kali ketiga AFE telah dijemput ke Utara Malaysia. Kali ini Bro Farid dan Bro Syafiq mengambil peluang ke sana.



Mabruk buat Pasangan Pengantin Dr Sakinah & Hiryanizam :-)

:: Satay Tulang Time ::

salam

alhamdulillah pada 11 sept 2011 yang lalu, keluarga AFE telah berkumpul dan menyantap Satay Tulang di Ampangan Seremban.


Sodd Dan Satay Tulang nya


Izz juga tak ketinggalan


Ni raja Satay Tulang :-)


sapa2 yang nak try, boleh contact Raja Satay Tulang...



Monday, September 12, 2011

:: Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri IKRAM Pusat & IKRAM Selangor ::



Bro Atiq & Bro Hafiz bai



Bro Muadz 7 Bro hafiz ( kaki pukul )



Kawan Baik Bro Atiq



Persembahan Teater dari student UPSI

Alhamdulillah, pada 11 September yang lalu, AFE sekali lagi diberi kepercayaan untuk menghiburkan para ttetamu Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri IKRAM Pusat & IKRAM Selangor. Selain menjadi DJ, bro hafiz Bai juga telah menjadi MC untuk majlis ini.

Antara yang menarik ialah, persembahan nasyid dari Bro Muadz Zulkifli, rasanya ini kali ketiga Bro Muadz guna PA System AFE. Juga terdapat persembahan teater dari student UPSI.

Bro Atiq sangat bahagia di dalam Event ini. :-)

:: Walimah Halim & Zetty ::



salam

Alhamdulillah, pada 11 Sept yang lalu, AFE telah memeriahkan majlis walimah saudara Abdul Halim & Puan Noor Zetty Akmar di Dewan sivik Petaling Jaya. Dewan yang sama semasa AFE membantu menyediakan PA System utk program PAT IKRAM.

Mabruk buat Bro Farid yang telah menghiburkan dan memeriahkan majlis ini :-)

:: Jamuan hari raya Al-Amin edu Niaga ::



Salam

Alhamdulillah, Pada 9 September yang lalu, AFE diberi peluang untuk memeriahkan majlis aidilfitri AAEN di tapak letak kereta Taman Melawati.

Bro Atiq & Bro farid telah bersama dalam event ini.

ini kali kedua AFE diberi pelaung memeriahkan majlis aidil fitri AAEN.

terima kasih akhuna Tuan Yaacob


.

:: Majlis Walimah Hamidi & Nadia ::



Alhamdulillah

pada 4 September yang lalu, AFE diberi kepercayaan untuk menghiburkan majlis walimah Hamidi & Nadia di Petaling Jaya.

Bro farid dan Bro Syafiq telah berganding bahu menjayakannya...

Mabruk...

Sunday, September 4, 2011

:: Walimah Asmaa' dan Raja Azrin ::

Salam

Alhamdulillah pd 2 Sept yang lalu, AFE telah dijemput utk mengendalikan walimah Asmaa' dan Raja Azrin di Kepala Batas Pulau Pinang.

Bro Hafiz Bai telah diterbangkan ke Penang utk menjayakan majlis ini. Antara yang menarik ialah, terdapat persembahan silat gayong semasa majlis walimah berlangsung.

Pihak AFE mengucapkan jazakillah buat Ukhti Asmaa' yg sudi menjemput AFE ke utara tanah air. Ada rezeki kita buka cawangan AFE di utara nanti.





.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:: Ifthar MIG bersama Anak Yatim Nur Hikmah ::

Salam

Alhamdulillah, pada 25 Ogos yang lalu, AFE telah diberi kepercayaan untuk menyediakan PA system dan menjadi juruhebah utk majlis ifthar utk rumah anak yatim Nur Hikmah anjuran MIG sdn bhd.

Bro Farid dan Bro Atiq telah bersama dalam menjayakan majlis ifthar ini.

Mabruk alaykuma



.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 29, 2011

:: Salam Aidilfitri 1432 ::


Salam AidilFitri Dari Kami Alunan Firdausi Entertainment...

Mohon Maaf Di atas segala Kekhilafan dan Kelemahan kami...

sambutlah Lafaz kami dengan ucapan...

" Taqabbalallahu minna wa Minkum "

kami kongsikan bagaimana Sunnah Beraya di aidilfitri....


Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

“Pada hari ...ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” - Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:

“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

• Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya denga...n mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

• Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

• Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:

“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.”- Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat ...hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” - Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

 Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

“Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.” – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

• Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

...“Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

“Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.” - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

 Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” - Hadis riwayat Muslim di d...alam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.


Akhukum Fillah

Bro farid
Bro Bai
Bro atiq



Tuesday, August 23, 2011

:: Ramadhan.... Menyegarkan... ::

Assalamaulaikum wrt

Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat dan tenang di malam-malam akhir ramadan ini.

Alhamdulillah, sepanjang ramadan ini, AFE tidak ketinggalan untuk meneruskan perjuangan mengejar saham akhirat berganda-ganda. Dalam masa yang sama, beberapa projek SAFE turut dijalankan, apatahlagi utk ramadan ini, AFE memberikan harga yang istimewa untuk para pelanggan kami.

Antara majlis yang AFE kendalikan ialah :

  1. Program " Remaja Raikan Ramadhan " di Masjid KLCC
  2. Program " Karnival ramadan IKRAM Gombak 2011 "
  3. Program " Remaja Raikan ramadan " di Masjid TMZA Putrajaya
  4. Program Ijtima' Ramadan IKRAM Selangor.
  5. Program Ifthar bersama anak-anak yatim Nur Hikmah
berikut saya kongsikan beberapa keping gambar semasa majlis dijalankan.


Program Ijtima; Ramadan IKRAM selangor


Program Karnival ramadan IKRAM Gombak


3R di Masjid KLCC




3R di Masjid Besi

dan alhamdulillah, pada 21 ogos yang lalu, bro Farid telah dijemput untuk menjadi MC untuk Majlis Ifthar Perdana Hidayah Center. Tahniah bro :-)

sekian sahaja perkongsian dari kami...

teruskan memburu lailatil qadr....



.



Monday, May 9, 2011

KOnSErt!!! KOnserT!!! wahai lah KonCERT!!

Alhamdulillah...

Atas izin Allah S.w.t belum pun setahun AFE mengorak langkah-langkah untuk menjadi penggerak ISLAH dan DAKWAH hiburan. Kami telah dianugerahkan peluang untuk menjayakan Konsert Pembebasan Palestin yang dijalankan di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada Aqsa Syarif Wilayah Persekutuan kerana kepercayaan yang telah diberikan.

Sila lawati aqsasyarif.org.my untuk mengetahui bagaimana kita boleh membantu PALESTIN untuk memerdekakan diri mereka dari penjajahan Rejim Zionist Laknatullah itu.

http://ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=152:konsert-freedom-for-palestine&catid=3:terkini&Itemid=65

Mohon doakan kejayaan kami di sisi ALLAH. dan semoga sisipan nya juga kejayaan kami di dunia ini.

Dikongsikan beberapa gambar kami sesama konsert itu.






Tuesday, April 19, 2011

:: AFE Maju Setapak Lagi... Alhamdulillah ::


Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam. Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah,

Di AFE, kami punya perancangan tahunan, dimana untuk tahun 2011, kami menyasarkan yang kami akan mempunyai 2 set p.a system dan set ini boleh digabungkan menjadi satu p.a system yang boleh diguna pakai untuk perhimpunan tertutup sehingga 1500 orang peserta.

Alhamdulillah, belum sampai pun separuh tahun. KPI kami ini telah berjaya dicapai.

Tunggu kemunculan kami untuk menyiapkan peralatan untuk mini konsert seramai 500 orang. Doakanlah!

Yang paling penting! sentiasa doakan kami menjadi DA'IE yang AMPUH terhadap segala serangan duniawi. disamping sentiasa releven kepada masyarakat dengan approach yang selalu UP TO DATE. dan bersyariat!
DOAKANLAH!

Syukur keatas mu ya tuhan. semoga segala usaha dan niat kami tidak terpesong dari ajaranmu yang sebenar. dan semoga amalan kami yang tidak seberapa ini akan mendapat redha mu ya Allah... ameen.

:: Konvensyen 1000 Peserta di Dewan Banquet UPM ::

Alhamdulillah,

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kami kekuatan untuk menjalankan dakwah fardhi ini untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Selama belum sampai setahun pun AFE bertapak di bumi allah yang luas ini, Kami telah diberi kepercayaan untuk menjayakan satu Mega Talk untuk sebuah badan NGO malaysia yang perticipantnya adalah seramai lebih 1000 orang.

Alhamdulillah respond yang baik diterima dengan sound yang tidak terlampau kuat tetapi boleh didengari oleh semua orang dengan selesa.

ucapan terima kasih kepada Pertubuhan Ikram Malaysia (www.ikram.org.my) kerana memberi kami peluang untuk menjayakan program ini.

Petugas-petugas AFE pada waktu itu :-
1) Bro Farid
2) Bro Bai
3) Bro Atiq

Dipohonkan doa agar niat dakwah kami tidak dipesongkan akibat fitnah dunia yang serba mencabar ini.... semoga lautan kesenangan dunia yang Allah berikan ini menyebabkan hati-hati kita semua semakin cinta dan patuh akan segala arahan MAHA PENCIPTA kita. insya-allah.

Dikongsikan antara gambar-gambar yang diambil sebelum program berlangsung :-




Sunday, April 3, 2011

:: Walimah Thariq dan Sara ::

Salam

Alhamdulillah, pada 19 Mac 2011 yang lalu, AFE diberi kepercayaan untuk mengendalikan majlis perkahwinan antara Thariq dan juga Sarah yang telah berlangsung di Masjid Uniten.

Alhamdulillah, terima kasih buat en Khairudin yang sudi memberi peluang kpd AFE utk menghiburkan majlis anakanda beliau.

Moga Allah menerima amal-amal kami walaupun ianya tidak seberapa, kerana kami yakin dgn janji Allah " Wa mai ya'mal misqolazarratin khairay yarah ".....

DJ. : Bro Bai

Juru audio. : Bro Atiq





.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.