Tuesday, March 8, 2011

:: Karnival Maulidur Rasul Masjid Al-Amaniah, Gombak ::

Alhamdulillah,

Sempena dengan bulan dakwah negeri Selangor, AFE telah diberi kepercayaan untuk memeriahkan Karnival Maulidur Rasul yang dijalankan di perkarangan Masjid Al-Amaniah, Gombak pada 5hb Mac 2011 yang lalu.

di sini adalah beberapa gambar yang sempat kami rakam.








Antara petugas-petugas AFE pada hari itu...

1) Dj Idris
2) Dj Farid
3) Bro Nasir

HATI CERIA, ISLAM TERPELIHARA

Sunday, February 27, 2011

:: Walimah 'Atif dan Raja Suhaili ::

Assalamualaikum wrt

Alhamdulillah, pada 27 feb 2011, AFE telah diberi kepercayaan untuk menghiburkan para tetamu di majlis Walimah Saudara 'Atif dan Puan Raja Suhaili di Jalan Kerdas 4, Gombak.

DJ yang bertugas ialah , DJ Bai dan dibantu oleh Sound Engineer Bro Atiq Jer....

Subhanallah, alhamdulillah, peluang berAmal ini kami manfaatkan sepenuhnya, alhamdulillah ya Rabb atas peluang ini....



.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Alhamdulillah,
Semoga sambutan dan cinta kita pada Rasulullah bukan sahaja pada hari ini, tetapi meliputi 365 hari setahun, 7 hari seminggu, 24 jam sehari, 60 minit sejam dan 60 saat seminit.

Rasulullah sebagai idola kita, kecintaan kita, hamba Allah. Ya rasulullah... kami rindu!!


Saturday, February 12, 2011

:: Walimah Adila dan Sep Irran ::

Salam

Alhamdulillah, minggu ini Allah beri peluang kepada AFE untuk beramal di walimah Adila dan Sep Irra yang telah diadakan di Dewan D MAEPS di Serdang.

Minggu ini seramai 4 orang Krew AFE telah bergabung tenaga....

Bro Farid. : Xifu AFE
Bro Bai. : DJ Amatur
Bro Atiq. : Technical Pro
Bro Duke. : co-DJ

Alhamdulillah, sempat berkongsi berkenaan kegembiraan menyambut kejayaan solidariti rakyat mesir menggulingkan pemimpin diktator yang zalim...

Doakan agar amal2 kami ini diterima Allah swt...


.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:: Down! Down! Down! Mubarak...jadi kenyataan ::

 salam,
 
Allahu Akbar!
 
Mubarak telah berundur pada jam 0005 waktu Malaysia 12 Februari 2011, 1805 waktu Mesir 11 Februari 2011.
 
Suara rakyat suara keramat! Mubarak tidak ada pilihan melainkan mencari kaedah pengunduran yang paling selamat...itu pun beliau masih berada dalam Mesir.

Segala usaha, Pengorbanan, sengsara, semangat serta keazaman rakyat mesir di tambah pula dengan tawakal kpd Allah, akhinya Allah beri kemenangan buat pihak yang benar !!! Allahu Akhbar!!!!

Faiza azamta fa tawakkal 'alallah......



.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 5, 2011

:: Walimah Azwan zuhairi & Siti Mazrah ::

Salam

Alhamdulillah, pada 5 Feb 2011, pihak AFE diberi kepercayaan untuk mengendalikan pakej walimah di Majlis perkahwinan antara saudara Azwan Zuhairi dan Puan siti Mazrah ....

Event kali ini dikendalikan oleh Bro Hafiz Bai dan juga Bro Atiq....santai tapi berisi.....

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyokong kami :-)



.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 28, 2010

26hb Disember 2010, AFE kali ke-2 di UNITEN

Alhamdulillah, segala kesyukuran kepada Allah atas nikmat kesihatan untuk kami berusaha mengamalkan Islam yang sahih. Ini adalah perkhidmatan kali kedua AFE di Masjid Uniten, Bangi

AFE telah diberi kesempatan untuk menghiburkan pengunjung Majlis Walimatul Urus pasangan pengantin baru Izzudin bersama dengan isterinya yang tercinta.

Semoga pasangan ini senantiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah dan akan melebarkan sayap syariat Islam dimana sahaja mereka berada. ameen.

Barakallah Hu Lakuma, Wajamaa Alaikuma, Fill Khair

AFE sekali lagi dibantu oleh pembantu teknikal yang mantop iaitu Muadz!