Tuesday, December 28, 2010

AFE di majlis kesyukuran Siti Hajar binti Razak

Alhamdulillah, AFE telah dapat menghiburkan majlis kesyukuran pasangan pengantin baru ini pada 18hb Disember 2010. Bertempat di kediaman beliau di Taman Jelok Ria, Kajang.

Buat julung-julung kalinya, kami mengalu-alukan kehadiran the newest member of our team. DJ IDRIS
 yang telah bergandingan dengan team teknikal yang mantop di antara Aduka dan Atiff.

Diharap semoga pasangan pengantin baru ini mendapat rahmat dari Allah, mendapat zuriat yang soleh dan solehah dan mendapat syurga ALLAH akhirnya, ameen.

Barakallah Hu Lakuma, Wajamaa Alaikuma, Fil Khair

Thursday, December 9, 2010

AFE di Walimatul Urus Norhayati dan Mohd Safwan di AL-Amin Gombak

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pasangan baru ini....

Pakej : Majlis Akad Nikah dan Majlis Kesyukuran(walimatul urus)
Pasangan :  Norhayati bt Osman dan Mohd Safwan bin Saifuddin Yong
Lokasi : Sekolah Al-Amin, Gombak
Tarikh : 5hb Disember 2010

Barakallah hu lakuma, wajamaa bainakuma, fill khair.

Semoga pasangan baru ini mendapat penghargaan Jannah dan dijadikan kejayaan di dunia oleh Allah. ameen.

Kenang-kenangan pasangan bersama bunting AFE.... :)

 AFE di majlis Akad nikah pada 4hb Disember 2010 jam 9.30 malam

gambar sewaktu majlis akad nikah

Monday, December 6, 2010

:: Maal Hijrah 1432 ::


Maal Hijrah 1432

Assalamulaikum wrt......

Alhamdulillahirrabbil ‘alamin, bersyukur kehadrat ilahi di atas segala rahmat dan hidayahnya, selawat dan salam buat Rasulullah saw, serta para sahabat, sanak saudara, tabi’ tabien. Bersyukur sekali lagi kepada rabbi jalil di atas segala kurniaan nikmat yang dipinjamkan kepada kita, Firman Allah swt di dalam surah as-sajdah ayat 9, “kemudian menyempurnakan dan meniup roh ( ciptaannya ke dalam tubuh ) dan dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur”. Semoga kita tidak tergolong di dalam orang yang tidak bersyukur dengan segala nikmat Allah swt.

Teman-teman sekalian,

Alhamdulillah, dalam beberapa hari lagi, kita bakal menyambut sambutan maal hijrah, yakni tahun baru mengikut kalendar islam, yakni kalendar yang seharusnya menjadi rujukan umat islam sekelian alam. Setelah hampir 1431 tahun rasulullah saw berhijrah dari mekah ke madinah, yang mana kesannya pernah meletakkan islam sebagai satu empayar dunia, meletakkan islam sebagai peneraju tamadun dunia, meletakkan islam sebagai ancaman bagi musuh-musuh islam. Namun begitu, selepas 1431 tahun berlalu, dewasa ini, kisah penghijrahan ini kian dilupakan, kejayaan demi kejayaan dalam episode penghijrahan ini kian dilupakan. Hingga akhirnya tahun demi tahun berlalu, sejarah ulung ini kian dilupakan.

Teman-teman sekalian,

Suka untuk saya mengingatkan kembali kepada teman-teman sekalian, agar terus menerus berazam dan berazam dan berazam untuk terus berhijrah, memperbaiki diri, berhijrah meningkatkan kualiti iamn kita, berhijrah memantapkan amal fardhu kita, berhijrah menaikkan nama islam, berhijrah meningkatkan kehidupan kita di dunia agar cemerlang di akhirat.

Teman-teman sekalian,

Ayuh kita renung kembali, bagaimana setahun yang berlalu, bagaimana sepaanjang siang, sepanjang malam di dalam tahun 1431 yang lalu, apa yang telah kita lakukan, apakah perubahan yang telah kita hijrahkan, apakah kita telah Berjaya mencapai KPI-KPI kita, atau tahun-tahun berlalu tanpa sebarang kejayaan dan peningkatan, jika begitulah keadaanya, maka kita bersama tergolong dalam orang yang celaka....

“ jika hari ini lebih teruk dari hari esok, maka celakalah kita”.....

Teman-teman sekalian,

Ayuh, kita renangi tahun baru 1432 ini telah perubahan yang lebih baik, kita renangi dengan azam yang lebih iltizam, kita renangi dengan usaha yang lebih berkuasa, kita renangi dengan kekuatan yang tidak berbelah bagi,

Agar tahun baru ini....kita tidak rugi lagi.......

Besok 1 Muharram.Sabda Nabi SAW yg brmaksud : “Puasa yg paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram” (Riwayat Imam Muslim dr Abu Hurairah r.a.). Justeru, saya brharap agr dpatlh kita smua mengerjakan puasa sunat pada besok sebagai menyahut sruan Rasulullah SAW.Berdoalah untuk ksejahteraan diri sendiri, keluarga dan untuk rakyat Kelantan serta seluruh umat Islam agar sentiasa di bwh naungan Allah SWT.

Salam maal Hijrah buat semua.........


Alunan Firdausi Entertainment ( AFE )


Friday, December 3, 2010

AFE di Walimah Muhd Tawfiq bin Kamal Nasharuddin di Dewan Putra, Masjid Putra, Putrajaya

alhamdulillah, sekali lagi AFE melebarkan sayap sayap alunannya ke Putrajaya. Kali ini ialah di Masjid Putra, Putrajaya. Dan buat pertama kalinya, perkhidmatan AFE telah sampai bukan sahaja berkumandang pada satu dewan, tetapi dua dewan! pengalaman pertama kami yang cukup manis.

Barakallah hu lakuma, wajama'a bainakuma, fil khair kepada pasangan baru kita.

Tarikh : 21 November 2010
Tempat : Masjid Putra, Putrajaya
Nama Pasangan : Muhd Tawfiq bin Kamal Nasharuddin dan Wan Hilyatu Fatimah bin Wan Makhtar

Disekitar Majlis Walimatul Urus Siddiq Hafiz bin Hassan 20 November 2010


Lokasi : Banquet Hall, Cultural Art Centre (CAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Tarikh : 20 November 2010





Monday, November 22, 2010

:: Perkongsian Event AFE :: (14 Nov 2010)

Bro hafiz bai mengendalikan Siar Raya di majlis Konvokesyen tadika Nur ad-din, kajang.



assalamulaikum wrt

alhamdulillah, pada 14 november yang lalu, AFE telah memberi perkhidmatan kepada 2 majlis iaitu di Tadika Nur Ad-Din yang diadakan di Kolej dar-Al Hikmah dan satu lagi iailah walimah Bro zulhilmi & pasangannya sist. Farrah yang diadakan di Dewan Jenjarom, Shah Alam.

kami kongsikan sedikit gambar

sekitar majlis Konvokesyen tadika Nur ad-Din...


DJ farid sedang beraksi di Walimah Bro Zulhilmi & Farrah


Bro hafiz bai sempat datang ke Shah Alam, datang membantu majlis walimah ini...

alhamdulillah, bersyukur kepada Mu ya Allah diatas peluang dakwah yang kau berikan kepada kami.





Wednesday, October 20, 2010

BOOKING AWAL



Assalamualaikum Warah Matullah

 Oleh kerana ramai yang telah mula menghubungi kami untuk majlis-majlis di hujung tahun ini. Dan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan perselisihan faham antara kami dan pengelola majlis.

AFE akan mula menjalankan konsep First Come, First Serve basis. Bermaksud sesiapa yang menginginkan AFE utk menceriakan majlis anda. harus membuat booking tarikh dan pembayaran pendahuluan secepat mungkin.

Booking tarikh tanpa pembayaran pendahuluan tidak akan dikira sebagai CONFIRM BOOKING.

Harap ini akan dapat melicinkan dan memudahkan anda berurusan dengan kami dalam keceriaan. Insya-Allah.




Pengurusan A.F.E